Archive for October, 2007

Aku Melayu

Monday, October 8th, 2007

Tik, tok, tik, tok…jam menunjukkan pukul 10 pagi…tapi adakah aku bermimpi? Mengapa aku menulis blog ini dalam Bahasa

Malaysia

? Sempena hari raya Aidilfiltri, yang akan tiba beberapa hari lagi, aku ingin

cuba

ber-’blog’ dalam Bahasa

Malaysia

. Aku anggap ini sebagai cabaran. Ramai yang mengatakan aku tidak cukup ‘Melayu’. Aku mengaku aku bukan lah se-Melayu mana…nama jenis-jenis ikan pun aku tak tau. Latar belakang aku cukup Melayu. Ibu bapa ku dari Bota, Perak dan rumah aku di KAMPUNG Sungai Rokam. Belakang rumah aku ada hutan, atas bumbung aku ade musang. Walaubagaimanapun belakang rumah aku ade jugak McDonald’s 24 jam yang menjadi kebanggaan orang kampung.

            Apa yang akan ku bincangkan dalam blog ini tidak mewakali pandangan mana2 pihak. Ia bukanlah rekaan semata mata tetapi hasil dari pemerhatian aku. Pembaca disarankan supaya tidak ‘melompat membuat kesimpulan’ (don’t jump to conclusions). Baca dengan minda yang terbuka. Tambah lagi Bahasa

Malaysia

ku amatlah teruk (horrible).

            Berbalik semula kepada baris pertama tadi…tik, tok, tik, tok! Aku seorang yang banyak membuang masa. Aku banyak tengok TV, main game dan sebagainya. Tapi aku cukup tak tahan bila orang lambat untuk apa2 temujanji. 10 – 15 minit lambat aku tak kisah…Kalau ada hal yang munasabah pun tak kisah. Buat sekali dua pun takpe lah.  Kadang2 aku pun terlambat. Tapi kalau dah selalu sangat susah la. Kadang2 tu sampai setengah jam lambat!!!…pastu alasan…biasalah janji Melayu! Bangga jadi ‘lambat berfesyen’ (fashionably late). Mengapa perlu babitkan ‘Melayu’. Aku bukanlah lelaki Melayu terakhir tapi rasanye Melayu takde la tak ikut janji…tak perlu nak memalukan kaum sendiri. Orang lain ade kerja lain jugak walaupun jika kerja tu tak penting. Tapi kata kunci dalam blog ini adalah ‘hormat’ (respect).

            Kalo tak boleh hormat orang jangan anggap orang akan hormat kita. Aku tak harapkan orang hormat aku tapi sekurang2 nya hormat lah masyarakat. Pagi2 di lampu isyarat dekat Shell (Kuantan), tengok lah berapa ramai yang potong barisan. Budak2 dari universiti pun ada lak tu. Nak cakap tak bijak…diorang lagi bijak rasanye. Di tempat letak kereta pun sama…nak jugak letak kereta tu dekan ngan bilik. Tak kisah la kalau sampai halang jalan…kalau 5 minit je tak kisah la. Ni sampai 1 hari…tak berapa bijak rasanye.

            Mengapa aku dok bebel menganai benda ni?…Kerana aku tengah cuti dan banyak masa untuk berfikir. Dalam erti kata lain aku takde benda lain nak buat. Tambahan pula aku ingin

cuba

berbahasa

Malaysia

. Apa yang boleh     dilakukan untuk menangani masalah diatas? Aku pun tak tau. Nak cakap tak tegur  dah berbuih mulut…Nak ambil tindakan, berapa orang nak kena pukul? Masalah ni hanya boleh diatasi dengan kesedaran diri sendiri. Sebagai manusia kita cepat menuding jari (blame others). Bila orang buat kita, kita marah…tapi bila kita buat kat orang kita buat tak kisah. 

            Kesimpulannya, layan orang seperti kita hendak dilayan (what I meant: treat others the way you want others to treat you). Hari Raya Aidilfitri dah dekat. Ingin ku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Jika blog ini menyinggung perasaan…ampun maaf dipinta.